Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah diberikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri seperti yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 19 Jun 2017 sehingga 3 November 2017. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Mushin Life Planner, Seri Manjung saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu selama berada di Mushin Life Planner.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Muhammad Sholihin bin Mohamood kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Mushin Life Planner, Seri Manjung. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga kepada staf-staf yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan saya lupakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Laporan Akhir Latihan Industri ini.
Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini. Sekian, Terima Kasih.
PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”
Tandatangan : ………………………………...
Nama Pelajar : Nur Hafizah Bt Azmi
No. Pendaftaran : 21EIP14F2012
Tarikh : ………………