Latar Belakang

Mushin Life Planner ditubuhkan pada tahun 2009, yang bermula operasi di Seri Manjung. Mushin Life Planner ini merupakan syarikat milik 100% bumiputera yang diuruskan oleh Encik Muhammad Sholihin Bin Mohamood. Syarikat kami telah menjadi salah satu pengendali Takaful yang terkemuka di Malaysia dengan kedudukan kewangan yang utuh dan kepakaran di dalam bidang pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pelanggan.


Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu, atau sebuah organisasi, kepada syarikat insurans. Individu tersebut dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada individu terbabit.
Berbekalkan pengalaman dalam bidang insurans, Mushin Life Planner ialah syarikat yang terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah. Sesetengah individu telah meletakkan kepercayaan mereka di dalam syarikat dan menjadi pemegang perakuan (peserta). 


Visi
  • Menyediakan perkhidmatan kewangan yang unggul kepada masyarakat.
  • Keselamatan dan kepercayaan anda adalah keutamaan kami.

Misi

  • Dapat menjana pelaburan yang tinggi.
  • Dapat membantu ahli keluarga yang dalam merancang kewangan.
  • Memberikan layanan dan perlindungan yang terbaik kepada masyarakat.
  • Menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada yang memerlukan.
  • Menyediakan takaful/insurans dengan servis yang terbaik.
  • Membantu mereka menjamin masa depan melalui perkhidmatan kewangan nasihat.