Komen & Cadangan

Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.


Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.


Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri di Mushin Life Planner. Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang perlu dipertingkatkan bagi pihak organisasi. Antaranya ialah :-
  • Pihak syarikat seharusnya menempatkan pelajar praktikal di Unit atau Jabatan yang berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh pelajar praktikal. Dengan cara ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang telah dipelajari dari Politeknik berdasarkan jurusan yang diceburi.
  • Pihak syarikat perlu memberi lebih tunjuk ajar kepada pelajar. Contohnya, apabila pelajar ditugaskan untuk melakukan sesuatu kerja yang tidak pernah dipelajari sebelum ini, maka pihak syarikat perlu memberi tunjuk ajar dan memantau kerja yang dilakukan oleh pelajar supaya pelajar lebih mahir dan dapat ilmu yang lebih mendalam.
  • Staf-staf di syarikat ini peramah dan mesra. Staf-staf dapat memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di syarikat ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.


Terdapat beberapa cadangan dan saranan saya kepada pihak Politeknik dan Organisasi sepanjang latihan industri dijalankan :-
  • Pihak politeknik perlu menghubungi pihak organisasi untuk memantau dan mengikuti perkembangan para pelajar yang sedang menjalani program latihan industri.
  • Pihak organisasi perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih mendalam kepada para pelajar terhadap kerja yang dilakukan, sekiranya perkara tersebut tidak dapat disempurnakan para pelajar menganggap pihak organisasi tidak mengambil berat terhadap kerja yang telah mereka lakukan.