Antara objektif utama latihan industri adalah :
- Membina keyakinan dan personaliti individu.
- Membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan.
- Membantu untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja.
- Mendisiplinkan diri untuk mematuhi peraturan semasa bekerja.
- Membina rasa tanggugjawab dalam menjalankan sesuatu kerja.
- Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari.
- Meningkatkan keyakinan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.
- Dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.
Oleh yang demikian, tidak dinafikan objektif laporan latihan industri ini sebenarnya adalah untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar yang sekaligus merupakan satu bentuk persediaan untuk menghadapi realiti sebenar ketika di alam pekerjaan kelak.