Pelajar dibenarkan memilih tempat untuk menjalankan latihan industri sama ada memilih sektor swasta atau kerajaan.Setiap pelajar yang mengikuti latihan industri ini haruslah mematuhi setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan di sesebuah firma atau organisasi.Latihan industri ini dijalankan selama dua puluh minggu mengikut ketetapan yang digariskan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kursus latihan industri ini juga dapat mendedahkan pelajar keadaan sebenar di alam pekerjaan dimana setiap pekerjaan tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi agar sesebuah firma atau organisasi dapat berjalan dengan lancar. Pelajar juga dapat didedahkan dengan persekitaran bagaimana untuk berhadapan dengan pelbagai situasi samaada berhadapan dengan masyarakat sekeliling mahupun rakan sekerja di sesebuah firma atau organisasi.
Justeru, latihan industri ini dapat meningkatkan tenaga mahir sejajar dengan hasrat kerajaan yang memerlukan graduan yang berkemahiran untuk pembangunan negara pada masa hadapan.
Justeru, latihan industri ini dapat meningkatkan tenaga mahir sejajar dengan hasrat kerajaan yang memerlukan graduan yang berkemahiran untuk pembangunan negara pada masa hadapan.